Monday, 23 February 2015

Zaman Penjajahan




Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas sosio budaya  di Tanah Melayu.
Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British pada tahun 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945.






FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH


POLITIK

-Masalah Yang Berlaku Di  Negeri-Negeri Melayu
-Perubahan  Politik Dan Dasar Di Britain
-Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing



FAKTOR EKONOMI

Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem yang menjadikan sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.



MASALAH YANG BERLAKU DI NEGERI NEGERI MELAYU


Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan. Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina. 
Bitish campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah.

Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


PERUBAHAN POLITIK DAN DASAR DI BRITAIN

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi baru.  Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat terutamanya British kerana  banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan. 





FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA KUASA ASING


Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an  kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah. 



Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi British untuk mengelakkan fenomena ini.





ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS

Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu.

Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran Kristian.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.

Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509.

Melaka masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.


Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.

Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo. Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.

Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya. Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka.

Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar. Portugis telah  menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden.

Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque. Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal.

Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor. Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.






KESAN PENDUDUKAN PORTUGIS DI MELAKA


Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.

Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.




ZAMAN PENJAJAHAN BELANDA

  • MENEWASKAN PORTUGIS DENGAN PERTOLONGAN JOHOR
  • CUBA MEMONOPOLI PERDAGANGAN TIMAH DI PERAK DAN SELANGOR
  • 1784:MEMAKSA SULTAN MAHMUD KE-3 MENYERAHKAN PELABUHAN RIAU 
  • 1795:MENANDATANGANI SURAT-SURAT KEW UNTUK MENYERAHKAN MELAKA  DAN JAJAHAN LAIN DI TIMUR.
Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar



Terbina sejak tahun 1670 oleh Belanda melalui Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai gedung menyimpan bijih timah yang diperbuat daripada kayu kemudian diganti dengan batu-bata..Mereka berjaya memonopoli perdagangan bijih timah dan ini tidak disukai oleh orang-orang Melayu. Pada tahun 1690, orang Melayu di bawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut.  Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan.  Bagaimana pun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula.Gedung itu ditinggalkan sekali lagi kerana Belanda membina gedung baru di Sungai Perak.1973, Muzium Negara telah memulihkan kembali gedung ini dengan ukuran asal iaitu 3 x 5 meter persegi dana tembok batunya setinggi 6 - 7 meter.  Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui.Di sini juga terdapat Batu Bersurat Belanda dan tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar Belanda sewaktu mereka mendiami Kota Belanda sekitar tahun 1743.  Ianya dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.

Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas.  Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas dipercayai harimau sedang menangkap budak. Terdapat juga pahatan nama-nama pemahat seperti IK, R.O dan V.O.C(Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda.)


FAKTOR FAKTOR YANG MENDORONG PENJAJAHAN BRITISH
Faktor-faktor campur tangan Kekayaan hasil bumi Revolusi perindustrian Pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap Desakan pedagang NNS Bimbang campur tangan kuasa Eropah lain Pertukaran kerajaan mengubah dasar British





1. PENGENALAN KAPAL WAP DAN PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ
Pembukaan terusan suez & penggunaan kapal wap Kapal wap dapat mempercepat perjalanan dan boleh membawa muatan yg lebih banyak Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan jarak perjalanan dr England ke T.M.



   


2. KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA EROPAH YANG LAIN 

Bimbang campur tangan kuasa Eropah lain British bimbang kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara Belanda telah meluaskan kuasanya ke Hindia Timur(indonesia),Sepanyol di Filipina dan Perancis di Indochina. British tidak akan membiarkan kepentingannya di negeri2 melayu diancam oleh kuasa Eropah yang lain,khususnya Perancis.



 SEPANYOL

 PERANCIS

BELANDA

BRITISH TIDAK MAHU KEPENTINGANNYA DI TANAH MELAYU DI ANCAM KUASA LAIN.


3. DESAKAN PEDAGANG MEMPERCEPAT PROSES CAMPUR TANGAN 
Desakan pedagang NNS Pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina di negeri2 Melayu menimbulkan keadaan huru-hara di TM Keadaan ini merugikan pedagang NNS kerana pelaburan mereka terancam Mereka mendesak kerajaan British supya campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di negeri2 Melayu Pada 1873,seramai 243 orang pedagang NNS menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberly bagi mendesak kerajaan British campur tangan.

PARA PEDAGANG DAHULU KALA


4. REVOLUSI PERINDUSTRIAN BRITISH
Revolusi Perindustrian Revolusi Perindustrian di Britain menyebabkan British memerlukan bekalan bijih timah yg banyak utk perusahaan mengetin makanan. Negeri2 Melayu yg kaya dgn bijih timah mesti dikuasai utk mendapat bekalan bijih timah yg b’terusan dan tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka

Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap – tenaga manusia, binatang dan air digunakan

Enjin berkuasa wap zaman British North Borneo – 1900


5. NEGERI MELAYU KAYA DENGAN HASIL BUMI
Kekayaan hasil bumi Tanah Melayu Negeri-negeri Melayu kaya dgn. bijih timah,bijih besi,emas & arang batu. British di NNS merasakan keperluan menguasai Perak,Pahang,N.Sembilan dan Selangor dgn. segera sebelum negeri2 tersebut jatuh ke kuasa lain.

Timah ialah sejenis bijih yang mengandungi logam natif Stanum (Sn) dan berwarna putih kebiruan. Ia merupakan komoditi penting yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa. Logam ini digunakan dalam industri pembuatan seperti kepingan timah, saduran timah, aloi timah, pateri, piuter dan sebatian kimia. Ia juga digunakan dalam industry pembungkusan makanan, peralatan masakan, elektronik, bahan kimia timah.

Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi.


Malaya membekalkan sekitar satu pertiga daripada keperluan timah sedunia. Telah banyak penggalian lombong besar telah dibuat. Di Lombong Nahat misalnya, lebih daripada 5,000.000 meter padu telah digali sejak tahun 1912


EMAS SALAH SATU HASIL BUMI DI MALAYSIA


ARANG BATU DIGUNAKAN UNTUK MENGGERAKKAN KAPAL WAP



6. PERTUKARAN KERAJAAN MENGUBAH DASAR LUAR BRITISH
Pertukaran kerajaan mengubah dasar British Pada 1873, Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan British daripada Parti Liberal. Kerajaan baru itu telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri2 Melayu




SISTEM PENTADBIRAN BRITISH


1. FRANCIS LIGHT MENDAPATKAN PULAU PINANG PADA 1786 ATAS BANTUAN DIBERIKAN KEPADA SULTAN KEDAH SEMASA MEMERANGI BUGIS





2. STAMFORD RAFFLES MENDAPAT KEBENARAN MEMBUKA PANGKALAN TENTERA DI SINGAPURA DAN BOLEH BERURUSAN DI SANA 

Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura


3. MELAKA DI KUASAI BRITISH ATAS PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA PADA TAHUN 1824




4. NEGERI-NEGERI SELAT DITUBUHKAN PADA TAHUN 1826 DAN DITUBUHKAN OLEH SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS.PULAU PINANG MENJADI PUSAT PENTADBIRAN KEMUDIAN BERPINDAH KE SINGAPURA

STRUKTUR PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT PADA TAHUN 1826


5. APRIL 1867:PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT DIKAWAL OLEH PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN DI LONDON

PEMINDAHAN KUASA NEGERI-NEGERI SELAT DARI INDIA KE PEJABAT TANAH JAJAHAN DI LONDON



TOKOH YANG MENENTANG BRITISH


1. NANING(DOL SAID)

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka dan berasal dari suku Semelenggang


2. PASIR SALAK PERAK(DATUK MAHARAJALELA)

Dianugerahkan sebilah pedang oleh Dato Maharaja Lela khas untuk menghapuskan agen British 'yang tak reti bahasa Melayu' JWW Birch.


3. PAHANG(DATO BAHAMAN, MAT KILAU@TOK GAJAH)

MAT Hassan Munas atau Tok Janggut, pahlawan Melayu tersohor menentang British di Kelantan. Dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh pada 1853 dan menetap di Kampung Nering


Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah.



4. PASIR PUTIH(TOK JANGGUT)






5. SARAWAK-SG SKRANG(RENTAP)


Sebagai rakyat Sarawak yang sentiasa menyokong kebenaran ingin melihat rakyat lain maju dalam pemerintahan yang benar dan sahih kuasanya. Menolak pembangkang sebagai "Role Model" dalam mengejar kejayaan dengan cara menyingkap ketidakbenaran cerita


6. SARAWAK-KANOWIT(SHARIF MASAHOR)






7. SABAH-PULAU GAYA(MAT SALLEH)




8. SABAH-SG SELANGIT(ANTANUM)



Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin murut yang bernama Antanum. Pemberontakan tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu, pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum.Selepas itu, Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu di Sungai Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya telah terkorban. Pemberontakan Rundum tamat selepas kematian Antanum tetapi orang Murut di kawasan pedalaman telah berpindah ke Kalimantan kerana tidak lagi takin terhadap pemerintahan Kompeni.


9. TERENGGANU-KUALA BERANG(HAJI ABDUL RAHMAN)



Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M

        ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

        KEBANGKITAN JEPUN

        • BERMULA SEMASA PEMERINTAHAN MIKADO MEIJI
        • BERJAYA MEMODENKAN JEPUN DALAM TEMPOH 30 TAHUN
        • MENEWASKAN CHINA DALAM PEPERANGAN CHINA-JEPUN
        • MENEWASKAN RUSIA DALAM PEPERANGAN RUSIA-JEPUN
        • MENEWASKAN CHINA DALAM PEPERANGAN CHINA-JEPUN


        SEJARAH PENAKLUKAN JEPUN


        • 18 DISEMBER 1941-JEPUN MELANCARKAN PERANG KEPADA     BRITISH,AMERIKA SYARIKAT DAN BELANDA
        • 10 DISEMBER 1942-KAPAL PERANG BRITISH H.M.S PRINCE OF WALES DAN H.M.S REPULSE TELAH DITENGGELAMKAN SEWAKTU DALAM PERJALANAN KE KUANTSN OLEH TENTERA JEPUN
        • 12 DISEMBER 1941-ALOR STAR DI TAWAN OLEH JEPUN
        • 13 DISEMBER 1941-MENUJU KE ARAH SELATAN MENGGUNAKAN BASIKAL DAN KERETA KEBAL
        • 16 DISEMBER 1941-PULAU PINANG DI TAWAN
        • 17 DISEMBER 1941-TENTERA JEPUN MENGGUNAKAN BOT-BOT RAMPASAN MELALUI PERSISIRAN PANTAI PANTAI UNTUK KE SELATAN
        • 28 DISEMBER 1941-IPOH DITAWAN OLEH JEPUN
        • 30 DISEMBER 1941-BERLAKU PERTEMPURAN DI KAMPAR YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 3 MALAM
        • 3 JANUARI 1942-KUANTAN DITAWAN
        • 7 JANUARI 1942-SLIM RIVER DITAWANDAN SERAMAI 3200 ASKAR BRITISH TELAH MENYERAH DIRI
        • 11 JANUARI 1942-KUALA LUMPUR DITAWAN
        • 15 FEBRUARI 1942-TENTERA JEPUN TIBA DI JEPUN,TENTERA AUSTRALIA TERPAKSA BERUNDUR KE SEGAMAT
        • 31 JANUARI 1942-JOHOR BHARU TELAH DI TAWAN DAN TENTERA JEPUN MEMBAIKI JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN TANAH MELAYU-SINGAPURA
        • 15 FEBRUARI 1942-SINGAPURA TELAH DI TAWAN OLEH JEPUN




        SLIM RIVER DITAWANDAN SERAMAI 3200 ASKAR BRITISH TELAH MENYERAH DIRI


        TENTERA JEPUN MENUJU KE ARAH SELATAN MENGGUNAKAN BASIKAL DAN KERETA KEBAL